Segalanya Bermula Disini

Wahai Nabi, moga salam sejahtera tetap kepadamu.
Wahai Rasulullah, moga salam sejahtera tetap kepadamu.

27 Mei 2016

Mulianya Wanita.


Allah tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah An nisa'.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah selepas Rasulullah ialah wanita Siti Khadijah r.anha. Manusia pertama yang syahid karena agama Allah juga adalah wanita Sumayyah r.anha. Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, yaitu sai.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka.

Sabda Nabi yang mafhumnya;
"Wanita yang sholat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".

Masya Allah, senang mendengarkannya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu.
Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita tidak dapat seperti apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur, terkenal, dan beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan (dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya "Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku ridha ya Rasulullah".

Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah sampai nyawanya menjadi korban karena dia yakin, syurga Allah telah menantinya.

Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancarlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering hingga hari Kiamat.

Allahu Akbar!

Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Karena mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah menyipakn yang lebih baik daripada di dunia, harta dan orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri sudah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya.


Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya,
"Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

Semoga kita menjadi wanita yang solehah.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kita di dunia dan akhirat.
Inshaa Allah.
Wallahualam.
Eighth Note